Mengharukan ‘Dari Darjah 5 Aku Suka Kamu’ – Kisah Romantis 12 Tahun ‘Menanti’, Akhirnya Disatukan

Posted on

Kata orang, bercinta ketika dibangku sekolah hanyalah cinta monyet semata-mata. Tak ramai yang mampu bertahan lama, kebanyakannya hanya suka-suka je!

Berbeza buat pasangan ini yang berkenalan sejak 12 tahun yang lalu ketika dibangku sekolah rendah lagi, akhirnya diijabkabulkan. Kalau dah jodoh kan? Jom baca kisah mereka ini. Korang ada yang macam ini juga ke?

Dari darjah 5

Mesej ummi

Alkisahnya mula kat sk balok. Masa dajah 5. Jadi budak baru biasalah saham naik. Tak tahu cerita, kisahnya dia duk perati lama dah rupanya. Kahkah miang awal budak tu. Masuk tahun 6 selalu kena kacau paling teruk dia lah pengacau tu.1st day masuk tahun baru tu dah kena dah. Tarik tudung tepuk dahi sekat kaki n mcm2 lagi. Dah kenapa budak ni cari pasal memanjang. Menyampah gila kot masa tu. Mentang2 tinggi aku yang kemetot ni sedap2 dia buli. Tak kenal dia pun tapi dia ni lain mcm sikit. Kira manusia jenis yg hilangkn mood aku nak g sekolah. HAHA

Masa tu aku orang ejek dgn orang lain, dia dgn orang lain. Aku siap jadi posmen dia lagi. Last2 aku retired tugas tu sbb nampak dia makin lain mcm. Aku malas nk hadap dia dah. Menakutkan ! HAHA. Dia acah2 popular jgkla kt sekolah masa tu sbb player football lah sangat. Masa dia pegi main bola kt jakarta hidup aku tenang setenangnya kt sekolah tu punya dasyat dia punya penangan. Bila dia balik terus datang balik gangguan hidup aku “Assalamualaikum, farhin ada ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *