10 Jenama Kebanggaan Malaysia Yang Ramai Sangka Berasal Dari Luar.

Posted on
Mungkin kerana nama jenama yang digunakan langsung tidak membawa imej tempatan, ramai menganggap jenama-jenama ini produk luar negara. Bagi penulis, tujuan syarikat-syarikat tempatan berkenaan menggunakan nama ‘kebaratan’ adalah lebih kepada tujuan promosi dan pemasaran.

Yang dikatakan jenama Malaysia itu termasuklah jenama yang diasaskan oleh bangsa luar namun permulaan dan perkembangan jenama tersebut adalah di Malaysia.

1. Big Apple

big apple donut and coffee

Sumber Foto:vkeong.com

Donut Big Apple sememangnya sangat lembut dan sedap. Donut Cheese menjadi kegemaran penulis kerana toppingnya yang menakjubkan dan segar. Perisa lain pun apa kurangnya juga.

Pasti ramai tidak tahu bahawa Big Apple sebenarnya merupakan produk Malaysia. Big Apple Donuts & Coffee diasaskan oleh Mike Chan dan rakan-rakan pada 2 May 2007 di Selangor. Syarikat ini mula berniaga di outlet pertamanya yang terletak di The Curve di Damansara.

Dalam sekelip mata, donut mereka menjadi pilihan hati rakyat Malaysia, sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mencuba. Setelah setahun beroperasi, Big Apple telah diiktiraf sebagai salah satu kedai rangkaian makanan yang paling pantas berkembang dalam sejarah negara, dengan 23 outlet hanya pada tahun 2008.

Kini dengan sekurang-kurang tambahan satu outlet setiap bulan, Big Apple akan menjadi global dalam masa akan datang. Selain Malaysia, Big Apple kini telah berada di Cambodia, dan akan berkembang di Asia dalam masa terdekat.

2. Gardenia

roti gardenia sedap dimakan begitu saja

Sumber Foto:menuellysa.blogspot.my

Roti Gardenia sememangnya menjadi pilihan ramai masyarakat di Malaysia. Roti ini sangat lembut dan enak, boleh dimakan begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *