Daripada Terus Merana Kerana Cinta, Berikut 4 Petunjuk Jelas Lebih Baik Anda Jadi Single

Posted on

Setiap perhubungan itu unik dan tidak sama namun ada satu persamaan yang perlu ada dalam setiap perhubungan – ruang untuk kedua-dua individu membesar dan mencapai impian mereka. Setiap pasangan perlu menyediakan ruang bagi keperluan dan aspirasi peribadi serta peluang untuk kedua-duanya mencapainya. Hubungan yang tidak seimbang selalunya berat pada sebelah pihak sahaja, dengan satu pihak lagi terpaksa mengorbankan impian mereka.

Apabila seseorang itu merasakan hidupnya seperti dipergunakan dan terpaksa hidup dalam aturan hidup pasangannya pula, ini akan menyebabkan keretakan berlaku. Jika anda rasa anda tiada ruang untuk diri anda sendiri dalam hubungan anda, beranikan diri anda bersuara menyatakan kemahuan anda. Sekiranya pasangan anda enggan atau bertindak balas secara negatif, besar kemungkinan anda perlu membebaskan diri anda daripada hubungan itu agar anda dapat menjana semula identiti anda sendiri tanpa sebarang sekatan.