Daripada Terus Merana Kerana Cinta, Berikut 4 Petunjuk Jelas Lebih Baik Anda Jadi Single

Posted on
couple melayu berdiri tepi kapal

Hubungan cinta memerlukan pengorbanan masa, wang dan emosi yang tinggi apatah lagi apabila kita pula ditakdirkan bertemu dan berkenalan dengan seorang individu yang mempunyai permintaan yang tinggi – dalam erti kata lain ‘high maintenance.’

Semakin banyak kita berkorban dalam sesuatu hubungan, tak kiralah dalam ikatan perkahwinan atau sekadar berkenal-kenalan, hubungan itu sudah pastilah akan mengubah hidup kita kepada satu bentuk lain. Pasti ramai yang takut hendak meninggalkan sesuatu hubungan apabila kita sudah banyak menghabiskan tenaga membentuk hubungan itu, apatah lagi dalam perkahwinan – yang akan membabitkan masa depan anak-anak andai perkahwinan itu runtuh.

Bagaimanapun, setiap hubungan itu perlu kita kenali hadnya yang membolehkan kita bersabar, kerana kita sendiri tidak dapat nafikan – ada tahap di mana sesuatu perhubungan itu sepatutnya diakhiri kerana pengakhirannya lebih membawa kebaikan. Berikut adalah 4 tanda sesebuah hubungan itu perlu diputuskan bagi memudahkan individu yang terlibat meneruskan hidup mereka.

1. Kemanisan perhubungan itu sudah tidak ada

fattah neelofa

Keserasian dalam perkongsian hidup merupakan elemen penting yang selalu ditekankan oleh mereka yang bercinta, tetapi pada akhirnya kebaikan individu itu jugalah yang akan menjadi penghubung kepada hubungan itu. Rasa sayang, mahu berbuat baik sesama pasangan serta sanggup menerima kekurangan seseorang merupakan tunjang utama kekuatan perhubungan. Bagaimanapun, ada ketikanya sesebuah hubungan itu hilang kemanisannya akibat bermacam faktor sehingga kebahagiaan itu digantikan dengan persengketaan yang berpanjangan. Tidak dapat dinafikan bertelagah adalah satu perkara normal – tetapi apabila sesuatu hubungan itu lebih banyak dihabiskan dengan bertelagah tanpa ada rasa ingin berbaik semula – hanya makan hati dan makan dalam yang tinggal bagi mereka yang terlibat. Apabila sudah sampai ke tahap itu dan tidak ada lagi cubaan untuk berbuat baik sesama kita, lebih baik diputuskan saja hubungan itu.

2. Anda tidak lagi dihormati

pasangan china bergaduh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *