‘Nampak coli pink, bukan bogel pun’ – Zizi Kirana, Bikin Salah Fokus

Posted on

Minggu lalu, kecoh netizen ‘menghencap’ sekeping gambar milik bekas peserta D’Academy Asia musim kedua, Zizi Kirana yang dimuatnaik menerusi Instagram miliknya.

Gambar tersebut memaparkan penyanyi itu posing dengan persalinan baju jarang hingga menampakkan coli merah jambu yang dipakainya.

Bagaimanapun, bekas ahli kumpulan The Fabulous Cats itu menyifatkan apa yang dipakainya itu tidaklah seseksi mana. Katanya, ada lagi individu yang lebih berani pakai seksi daripadanya.

“Saya pun tak faham bila gambar tersebut jadi viral. Takdelah seksi sangat rasanya. Bukan bogel, tak pakai baju pun,” jelas Zizi yang turut menerangkan, tindakannya memuatnaik gambar itu bukanlah untuk mencari publisiti murahan.

“Tak cari publisiti pun. Sebenarnya saya baru saja pulang dari salon. Jadi tangkaplah gambar untuk post di Instagram nak tunjuk rambut baru. Tapi tidak sangka pula ramai yang ‘hencap’. Sebelum ini pun, saya ada juga pakai pakaian seumpama itu, namun tidak pula diperkatakan ramai.

“Apa pun, janganlah kerana sekeping gambar, peminat mula hakimi saya macam-macam,” luah Zizi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *