Digelar ‘Beauty With Brain’, Pencapaian Gadis Ini Patut Dijadikan Inspirasi Semua Pelajar

Posted on
Hasil gambar untuk cantik graduation
Baru-baru ini, seorang gadis viral di media sosial tentang pencapaian akademik beliau yang menjadi buah mulut netizen

Melalui thread di akaun Twitter @silly_boney, tersebut sebuah kisah tentang seorang gadis, Dyan Ahmad dan pencapaian akademik beliau yang sesuai dijadikan contoh kepada mereka yang masih belajar di luar sana.

Dyan dikatakan telah menerima empat anugerah semasa Konvokesyen Diploma beliau iaitu Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Diploma UiTM Perak, Anugerah Pelajar Terbaik Kursus Diploma Pengurusan HartanahAnugerah Pelajar Terbaik Fakulti Senibina (FSPU), dan Anugerah Naib Canselor dengan CGPA 3.91.

 

Bukan setakat di peringkat Diploma, Dyan tetap unggul pada peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila berjaya merangkul beberapa anugerah tertinggi iaitu Anugerah Graduan Terbaik Kursus Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Bronze Award for International Real Estate Symposium by Inspen, dan Anugerah Naib Cancelor juga dengan CGPA 3.91.

 

Untuk makluman, Anugerah Pelajar Terbaik UiTM Perak yang dimenangi Dyan itu bermaksud beliau merupakan pelajar terbaik keseluruhan bagi dua kampus iaitu UiTM Tapah dan UiTM Sri Iskandar.

 

Namun, di sebalik kejayaan, terselit cerita pahit dan duka sepanjang bergelar pelajar. Dyan terpaksa mengharungi dugaan terbesar dalam hidup apabila ibunya meninggal dunia sebelum beliau mendaftar untuk sambung belajar di peringkat ijazah di UiTM Shah Alam.

 

 

Baca thread penuh oleh @silly_boney di bawah:

 

 

 

 

Pencapaian Dyan tidak terhenti di situ. Beliau juga telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik BOVAE dan Anugerah Pelajar Terbaik Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *