Rumah tangga Isma AF bergolak

Posted on

“Anak-anak juga semua sudah besar dan mereka faham situasi kami lalui. Saya manusia biasa, kadang-kadang terlepas juga apa yang terbuku di hati di media sosial.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Walaupun duduk serumah, dia tetap tak berubah dan tiada inisiatif untuk memulihkan perhubungan.

“Saya sudah berusaha mempertahankan rumah tangga ini dan lakukan sebaik mungkin untuk berbaik, namun begini juga kesudahannya,” katanya.

Baru-baru ini, Isma dan Zul memuat naik status di laman sosial masing-masing. yang membayangkan perhubungan mereka dilanda badai.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 19; Muhammad Haiqal Aydiel, 18; Seri Aida Merlissa, 16; Seri Ayreen Merlynda, 15 dan Seri Adryana Mercella, 11.

sumber