Rumah tangga Isma AF bergolak

Posted on

PUTRAJAYA: Sekian lama berdiam diri, penyanyi, Ismaliza Ismail atau Isma, 38, mengaku rumah tangga yang dibina bersama anggota kumpulan 2 By 2, Zulkifli Majid atau Zul, 44, sedang bergolak.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu berkata, perkahwinan yang dibina kira-kira dua dekad lalu itu sukar untuk dipertahankan kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan rumah tangga kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga.

“Buat waktu ini, memang ia tidak dapat diselamatkan lagi dan dia sebagai suami pun tiada usaha untuk memperbaiki keadaan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Showcase Setangkai Irama 80-an, di sini, hari ini.

Kata Isma, sebagai perempuan, tidak manis untuknya menjawab segala pertanyaan berkenaan.

“Dia yang sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar.

“Saya sudah lama memendam rasa dan bersedih, jadi cukuplah sampai di sini. Selepas ini, saya ingin fokus pada diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Sedih dengan keadaan yang berlaku, Isma bagaimana berkata, beliau enggan menoleh ke belakang lagi mengenangkan apa yang terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *