Bukan ada orang ‘bela’ saya – Rita Rudaini

Posted on

Tambah Rita lagi, dia tak ralat melakukan semua kerja termasuk menguruskan anak sendiri.

“Saya memang jenis yang ‘mak-mak’ sikit. Hendak semua diuruskan di depan mata. Alhamdulillah, semua masih terkawal. Saya akan beri yang terbaik untuk mereka. Rayyan dan Arjuna adalah ‘syurga’ saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita memulakan tugas sebagai pengacara program WOW Sangat yang disiarkan TV9 setiap Ahad.

Rita memberitahu, dia sedia melangkah ke dunia pengacaraan selepas mendapat keyakinan ketika diberi peluang mengendalikan malam kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.

sumber