6 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Kaya Tapi Tidak Oleh Orang Biasa, No. 5 Tu Harus Kita Tiru!

Posted on

Barangan seperti ini akan semakin bernilai saban hari dan merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi. Dan apa yang lebih menarik, barangan ini mempunyai ciri yang sangat penting, iaitu sukar untuk dijual.

Sebagai contoh, wang tunai RM1,000 sangat mudah dihabiskan, namun lukisan bernilai RM1,000 tak mampu dijual dengan kadar segera, membuatkan pemiliknya mampu membuat keputusan sebelum menjualnya.

3. Membuat peruntukan

bill gates manusia terkaya di dunia

Ini yang paling penting, bajet. Orang kaya mempunyai bajet sendiri, dan mereka sentiasa mengikut bajet yang ditetapkan. Bajet adalah sesuatu yang sangat penting, tak kiralah sama ada anda miskin atau kaya. Dengan mempunyai peruntukan setiap bulan, anda boleh mengetahui jumlah wang yang masuk dan keluar, serta hanya membelanjakan wang kepada perkara yang perlu.

Secara tak langsung, anda lebih berdisiplin, dan mampu menyimpan wang secara berterusan. Ini yang membuatkan orang yang kaya itu kekal kaya. Namun apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang adalah berbelanja tanpa had, dan langsung tak mempunyai bajet. Hasilnya, tiada simpanan dan mula mengeluh mengenai taraf kehidupan yang semakin menekan.

4. Berjimat cermat

Sama seperti bajet, berjimat merupakan sesuatu yang dilakukan oleh orang kaya yang tidak dilakukan orang biasa. Jika seseorang itu berjimat cermat, secara tak langsung mereka akan kurang membazir. Perlu diketahui bahawa berjimat dan kedekut adalah dua perkara berbeza.

Berjimat adalah membelanjakan apa yang diperlukan, manakala kedekut adalah menahan daripada berbelanja perkara yang diperlukan. Manfaat berjimat adalah sangat besar dimana anda akan mampu menyimpan wang walaupun sedikit demi sedikit. Seperti kata pepatah, “Setiap satu sen yang disimpan, adalah satu sen yang diperoleh”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *