5 Fungsi Balung Dan Gelambir Ayam Yang Kita Tak Tahu Selama Ni

Posted on

thumb ayam 121

Tak kiralah ayam jantan atau ayam betina, kedua-duanya mempunyai gelambir (bawah dagu) dan jambul di kepala yang berwarna merah. Ia membuatkan spesis haiwan ini sangat mudah untuk dikenal pasti. Namun, ramai di antara kita yang tak tahu apa fungsi kedua-dua anggota ini.

Walaupun ia kelihatan kelakar bagi manusia, namun kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seekor ayam. iluminasi.com ingin berkongsi fungsi-fungsi gelambir dan jambul ayam.

1. Sistem penyejukan

ayam jantan mempunyai balung lebih besar dari ayam betina 842

Gelambir merupakan sebahagian daripada sistem pengawalan haba dalam badan seekor ayam. Disebabkan ayam tidak berpeluh, jadi penyejukan badan bagi seekor ayam dilakukan melalui pengaliran darah. Gelambir dan jambul ayam dipenuhi dengan kapilari dan urat di mana darah panas akan mengalir melaluinya.

Darah yang mengalir melalui kedua-dua anggota ini akan menjadi sejuk, yang membuatkan suhu dalam ayam menurun dan terkawal. Proses ini yang memberikan warna merah kepada gelambir dan jambul ayam tersebut.

2. Menunjukkan kematangan jantina dan usia

Ketika menetas, anak ayam tidak mempunyai gelambir atau jambul. Jambul muncul lebih awal dari gelambir iaitu ketika minggu ke-3, biasanya pada anak ayam jantan. Ketika ia baru tumbuh, warnanya kekuningan. Gelambir dan jambul anak ayam jantan mula bertukar merah seawal usia 5 ke 6 minggu.

Bagi anak ayam betina pula, gelambir dan jambul akan menjadi merah ketika sudah berupaya untuk bertelur.

3. Penunjuk tahap kesihatan

balung mampu menunjukkan tahap kesihatan ayam

Gelambir merupakan salah satu cara untuk menentukan tahap kesihatan seekor ayam. Bagi ayam yang sihat, warna gelambir dan jambulnya adalah merah terang yang bebas daripada sebarang perubahan warna dan kecacatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *