Kontroversi ‘Wanita Muslim Perlu Berani Buka Tudung’ – Bekas COO Malay Mail

Posted on

Berita selebriti wanita Islam menanggalkan tudung semakin popular dan terus mencetuskan kontroversi selepas beberapa nama terkenal seperti Sarah Ali, Uqasha Senrose dan lain-lain mengambil keputusan berbuat demikian.

Kredit Foto: Astro Awani

Jika isu menjadi kecaman dan kritikan dari majoriti rakyat Malaysia, tetapi tidak kepada Bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail, Endie Shazlie Akbar. Endie dalam satu kenyataannya di laman twitter menyuarakan agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab.

Katanya langkah ini akan membolehkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk semua orang.

“Trying to make this world a better place by urging girls to take off their tudung and #MakeFreeHairGreatAgain! (mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat),” tegasnya.

Menurut laporan dari MassaTV di laman Twitter Endie ada menyokong kenyataan aktivis wanita, Maryam Lee yang mengkritik pengunaan tudung di kalangan kanak-kanak wanita. Maryam pernah mengeluarkan kenyataan dengan mengkritik ibubapanya yang melatih dia memakai tudung semuda usia dua tahun dan menganggap perbuatan seperti itu ‘melukai hatinya’. Maryam mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung pada usia 25 tahun dan menjadi dirinya sendiri.

Netizen terus menerus menentang tindakan membuka tudung ini kerana sememangnya ia agak mengecewakan lagi-lagi ketika gadis-gadis Muslim di Amerika Syarikat berusaha mempertahankan mengenakan hijab di sebuah negara di mana mereka cenderung dijuluki teroris, sedangkan ada gadis Malaysia pula menganggapnya seperti satu masalah yang membelenggu kehidupan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *