6 ‘Post’ Instagram Paling Kontroversi Artis Malaysia Tahun 2017, NO. 2 Tak Sangka Paling Menjijikan!

Posted on

Nampaknya sepanjang tahun 2017 ini, artis lebih selesa untuk mengemaskini perkembangan terbaru menerusi media sosial. Antara platform yang paling popular adalah dengan aplikasi sosial Instagram. Namun ada baik dan buruknya jika platform ini dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi hal peribadi kerana dalam ramai-ramai pengikut pasti ada yang membenci.

Sepanjang tahun 2017, 7 selebriti ini terlihat telah mencetuskan kontroversi berpunca dari ‘posting’ mereka di Instagram sehingga dibanjiri ribuan komen sehinggakan menjejaskan reputasi artis tersebut. Jom lihat apa yang kontroversi sangat tu?

1.Fathia Latiff & Tun Mahathir

Fathia mencetuskan kontroversi selepas dia memuatnaik gambar bersama Tun M di Instagram dengan menulis kapsyen meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Galeri Petronas yang terletak di bangunan berkembar KLCC.

Fatiya merasakan pemimpin negara yang dihormati seperti Tun M seolah-olah tidak dihargai dengan hilang gambarnya di Galeri tersebut. Walaubagaimanapun, gambar di Instagram tersebut telah dipadamkan serta merta oleh Fatiya sendiri kerana mungkin isu sebegini agak sensitif untuk diluahkan kepada umum.

2. Nur Sajat Tunjuk Gambar ‘Haid’

Post yang agak kurang menyenangkan untuk dilihat apabila sebuah gambar darah kotor (haid) yang telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Nur Sajat AestheticNur Sajat Kamarulzaman dimana menurut beliau sedang mengalami proses haid.

Kerana gambar tersebut, rata-rata netizen telah menghentam Sajat kerana mereka berasakan beliau tidak perlu memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai kotor.

3. Nadia Brian Pakai Bikini

Bergambar seksi dalam video di Instagram telah menyebabkan Nadia diserang kecaman dari netizen. Dalam salah satu video tersebut, Nadia sedang menikmati keindahan pantai sambil mengibas rambut dengan mengenakan pakaian mandi berwarna hitam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *