14 Kompilasi Kisah Inspirasi Paling Hebat Tahun 2017, Siapa kah Inspirasi tahun 2018?

Posted on
 Tahun 2018 telah tiba bersama buku baru yang bakal dipenuhi azam-azam baru untuk dicapai. Namun sebelum tahun ini berakhir, masih ada beberapa perkara yang boleh kita kenang dan ambil semangatnya untuk dibawa ke tahun depan.

Oleh itu, kami senaraikan 14 kompilasi kisah inspirasi supaya anda lebih bersemangat untuk melalui tahun 2018 yang sudah pastinya menanti dengan 1001 cabaran yang bakal mendatang.

1. Guru Lalui Perjalanan Mencabar Sejauh 135km Demi Didik Orang Asli 

Sumber: Lobak Merah

Pengorbanan yang dilakukan Ahmad Saidin Mohd Idris, 40, terhadap anak muridnya wajar menerima anugerah sebagai guru terbaik bagi tahun ini. Mengajar di sebuah sekolah dekat kawasan pedalaman orang Asli di Kuala Lipis, Ahmad setiap hari perlu meredah jalan berlumpur dan licin sejauh 65 kilometer sejak tiga tahun lalu.

Meskipun pernah terjatuh ke dalam lopak dan terserempak dengan binatang buas beberapa kali, ia tidak mematahkan semangatnya untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

2. Abang Melayu Suap Warga Emas India Makan

Sumber: Lobak Merah

Awal tahun ini, muncul sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki Melayu sedang menyuap warga emas India makan di sebuah medan selera. Ketulusan ‘Abang Melayu’ tersebut telah menerbitkan rasa terharu dalam kalangan netizen terutamanya yang berbangsa India.

Respect abang melayu! Inilah namanya prihatin manusia tanpa kira agama dan bangsa,” kata seorang netizen.

 

3. Dua Beradik Cuci Masjid Seluruh Negara, Cadang Ke Singapura pula

Sumber: Lobak Merah

Kalau tahun lepas dua beradik ini sudah mencipta rekod dengan berjalan kaki ke satu semenanjung untuk membersih masjid, kini mereka berdua ingin meneruskan misi amal itu lagi dengan membersihkan masjid di Singapura pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *