10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Paling Digeruni 1 Dunia!

Posted on

Pada Jun 2017, syarikat ini berjaya berjaya mencapai rekod penjualan di bawah kontrak sebanyak US$6.7 bilion, Ini merupakan peningkatan sebanyak 28% daripada pendapatan daripada 12 bulan sebelumnya.

Syarikat ini kini telah berkembang ke China, dengan 60% daripada 120 juta kaki persegi hartanahnya terletak di negara tersebut.

2. KELUARGA LEE (BYUNG-CHUL) (KOREA SELATAN) – SAMSUNG ELECTRONICS
keluarga kaya lee

Sumber Foto: img.koreatimes.co.kr

Anggaran Nilai Kekayaan: US$40.8 bilion

Pada tahun 1938, mendiang Lee Byung-Chul memulakan syarikat beliau sebagai sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan harian termasuklah ikan kering. Perniagaan beliau telah berubah menjadi kepada sebuah empayar, dan kini menjadi pengeluar telefon pintar dunia beserta barangan elektronik yang lain.

Pada era 1990an, konglomerat ini berpecah kepada 4 entiti bebas, iaitu Samsung, CJ, Shingsegae dan Hansol. Kesemua perniagaan ini kini dikendalikan oleh generasi kedua dan ketiga keluarga Lee.

Empayar perniagaan Samsung kini menghasilkan pendapatan lebih daripada US$300 bilion jualan tahunan daripada barangan elektronik, peruncitan, makanan, hiburan dan lain-lain.

1. KELUARGA AMBANI (INDIA) – RELIANCE GROUP
keluarga kaya mukesh ambani
Sumber Foto: youtube.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$44.8 bilion

Dhirubhai Ambani merupakan pengasas kepada keluarga ini. Sebelum mengasaskan syarikat Reliance Textile Industries, beliau pernah bekerja di stesen minyak di Yaman. Beliau juga pernah memiliki perniagaan rempah ratus sebelumnya.

Reliance Textile Industries menjadi jenama tekstil terkenal di India setelah ia dilancarkan. Selepas kematian Dhirubhai pada tahun 2002, anak mendiang, Mukesh dan Anil mengambil alih group syarikat berkenaan dan dikatakan tidak serasi.

Empayar perniagaan tersebut kemudiannya berpecah, dan Reliance Group terus diterajui oleh Mukesh. Selain industri tekstil, syarikat ini turut menceburi beberapa bidang perniagaan lain seperti telekom, minyak, dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *