10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Paling Digeruni 1 Dunia!

Posted on

5. KELUARGA R. BUDI & MICHAEL HARTONO (INDONESIA)
keluarga kaya r budi michael hartono
Sumber Foto: marcopolis.net

Anggaran Nilai Kekayaan: US$32 bilion

Selepas keluarga kaya raya iaitu keluarga Salim hilang penguasaan terhadap Bank Central Asia (BCA) ketika krisis ekonomi Asia 1997-1998, keluarga Hartono mengambil peluang ini dengan melabur ke BCA.

Keluarga Hartono memperolehi 2/3 daripada pendapatan mereka melalui pelaburan di BCA.

Sumber pendapatan awal keluarga ini adalah melalui sebuah syarikat pengeluar rokok, Djarum yang ditubuhkan oleh bapa adik beradik Hartono. Kini Djarum dikendalikan oleh Victor, anak kepada Budi Hartono.

Antara aset keluarga ini termasuklah jenama elektronik Polytron dan hartanah di Jakarta.

4. KELUARGA CHEARAVANONT (THAILAND) – CHAROEN POKPHAND (CP) GROUP
keluarga kaya chearavanont

Sumber Foto: celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$36.6 bilion

Perniagaan keluarga ini berbalik kepada tahun 1921, apabila adik beradik Chia ek Chor dan Choncharoen Chiaravanont membuka sebuah kedai menjual biji benih yang diimport daripada China, untuk dibekalkan kepada petani di Thailand.

Kini, Group syarikat berkenaan dikendalikan oleh anak Chia, iaitu Dhanin. Dhanin memainkan peranan sebagai pengerusi dan berkongsi pendapatan bersama 3 orang adik beradik dan saudara beliau.

Pada Januari 2017, selepas 48 tahun berkhidmat sebagai pengerusi dan CEO, Dhanin melepaskan jawatan tersebut kepada anak beliau, Soopakij sebagai pengerusi. Cucu beliau, Suphachai memainkan peranan sebagai CEO baharu.

3. KELUARGA KWOK (HONG KONG) – SUN HUNG KAI & CO
keluarga kaya kwok 384
Sumber Foto: nerveng.blogspot.my

Anggaran Nilai Kekayaan: US$40.4 bilion

Kwok Tak-Seng mengasaskan Sun Hung Kai & Co. bersama Fung King Hey dan Lee Shau Kee pada tahun 1969. 3 tahun kemudian, beliau menubuhkan Sung Hung Kai Property secara persendirian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *