10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Paling Digeruni 1 Dunia!

Posted on

Anak perempuan Henry, Sonia menyelia bidang perhotelan dan telah membeli syarikat bertaraf bintang Rosewood Hotels pada tahun 2011.

Anak lelaki beliau, Adrian menguruskan New World dan menubuhkan C Ventures, sebuah syarikat pelaburan yang mempunyai fokus terhadap pasaran fesyen China.

7. KELUARGA KWEK / QUEK (MALAYSIA) – HONG LEONG GROUP
keluarga kaya quek kuek

Sumber Foto: celebfamily.com
Anggaran Nilai Kekayaan: US$23.3 bilion

Lebih daripada 15 orang ahli keluarga ini menguasai Hong Leong Group, sebuah konglomerat dengan penglibatan dalam kewangan hinggalah ke bidang hartanah.

Sejarah keluarga ini berbalik kepada tahun 1941, apabila Kwek Hong Png mengasaskan sebuah syarikat bersama 3 orang adik beradik beliau.

Anak sulung beliau, Kwek Leng Beng kini mengendali operasi di Singapura. Cucu lelaki beliau iaitu Sherman akan mengambil alih syarikat keluarga City Developments pada Januari 2018 sebagai Ketua Eksekutif.

Sepupu beliau iaitu Quek Leng Chan kini mengendalikan urusan Group tersebut di Malaysia.

6. KELUARGA LEE (SHAU KEE) (HONG KONG) – HENDERSON DEVELOPMENT
keluarga kaya lee 623

Sumber Foto: scmp.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$29 bilion

Shau Kee berpindah ke Hong Kong dari Guangdong, China pada tahun 1948 dan memulakan perdagangan logam berharga dan pertukaran mata wang. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat hartanah Sun Hung Kai bersama 2 orang rakan kongsi.

Namun kerana tidak sehaluan, beliau meninggalkan syarikat tersebut dan mengasaskan sebuah syarikat hartanah iaitu Henderson Development pada tahun 1973. Beliau kini merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Anak lelaki beliau, Peter kini mengendalikan operasi di China, manakal anak perempuan, Margaret adalah seorang eksekutif di syarikat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *