10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Paling Digeruni 1 Dunia!

Posted on

10. KELUARGA CHIRATHIVAT (THAILAND)
keluarga kaya chirathivat thailand

Sumber Foto: pattayatoday.net
Anggaran Nilai Kekayaan: US$19.3 bilion

Klan peruncit ini merupakan pemilik kepada pemaju pusat beli belah iaitu Central Group, yang memperolehi 30% daripada US$9.6 bilion pendapatannya dari luar negara.

Pada tahun 1927, Tiang Chirathivat yang merupakan immigran dari China membuka kedai runcit pertama beliau di Bangkok. Kedai tersebut diberi nama Keng Seng Lee.

Pada tahun 1956, anak Tiang iaitu Samrit membuka sebuah department store pertama negara tersebut, di kawasan kejiranan Wang Burapha di Bangkok.

Kini diterajui oleh cucu Tiang, syarikat berkenaan memiliki perniagaan fesyen Zalora. Mereka mempunyai kerjasama dengan JD.com sebuah, syarikat China dengan pelaburan bersama sebanyak US$500.

9. KELUARGA SY (FILIPINA) – SM INVESTMENTS CORPORATION
keluarga kaya sy filipina

Sumber Foto: celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$20.1 bilion

Henry Sy merupakan individu paling kaya di Filipina. Beliau bermula dengan perniagaan kedai kasut di Manila dan kemudiannya sebagai pemaju hartanah melalui SM Prime.

SM Inverstment Corp. milik keluarga ini kini merupakan peruncit terbesar di Filipina, mempunyai lebih 200 outlet kedai. 6 daripada anak-anak beliau terlibat dengan pengurusan syarikat, dengan penglibatan aktif bersama cucu-cucu beliau.

Cucu lelaki beliau iaitu Howard baru-baru ini memulakan perusahaan beliau sendiri iaitu StorageMart, sebuah syarikat penyimpanan barang di Makati, Filipina.

8. KELUARGA CHENG (HONG KONG) – CHOW TAI FOOK
keluarga kaya cheng chow tai fook
Sumber Foto: scmp.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$22.5 bilion

Pengasas keluarga ini baru sahaja meninggal dunia pada September 2016. 4 tahun sebelumnya, beliau melantik anak sulung beliau, Henry sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif syarikat emas keluarga iaitu Chow Tai Fook dan konglomerat New World.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *