5 Selebriti Malaysia Ini Pernah “Gemuk” Dan Banyak Makan, Tetapi Sekarang Persis Model International! No.3 : Mesti Anda Tak Percaya, Artis Ini Gemuk??

Posted on

1) Catriona Ross

Hasil gambar untuk Catriona Ross

Kisah Catriona Ross kembali langsing selepas mengalami peningkatan berat badan ketika melahirkan anak bukan lagi rahsia. Sewaktu bertemu team Nona suatu masa dulu, Catriona atau lebih selesa disapa dengan panggilan Cat mengakui malu bertemu orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang agak gemuk waktu itu.

Dengar pengakuan Cat ini:Difahamkan, Cat juga sanggup naik turun tangga setiap hari hingga ke tingkat 16 rumahnya sebagai salah satu cara senaman. Memang gigih betul ibu cantik ini! Selain menjalani rutin senaman tersebut, penulis percaya faktor yang satu ini juga menjadi penyumbang Cat mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan sehingga sekarang.Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya @catrionabrianross, menu-menu harian ‘eat clean’ yang dihasilkan sendiri nyata menguji selera. Bukan hanya nampak menyelerakan tapi dengan sukatan sebegitu pasti membuatkan sesiapa saja rasa tidak mencukupi menikmati sajian berkenaan. Hakikatnya, inilah menu yang terbaik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat. Lengkap dengan segala nutrisi dan tidak membahayakan kesihatan.

2)Liza hanim

Kehadiran Liza Hanim di pentas GV4 benar-benar menyengat sehingga melayakkannya menggegarkan pentas akhir program realiti yang mengangkat martabat penyanyi yang popular suatu ketika dahulu.

Tidak pernah memberikan persembahan hambar Liza Hanim terus mara melangkah dan menyerlah bakat luar biasa yang tersemat dalam dirinya. Kelibat figura yang menyanyikan lagu Siapa Menyangka Siapa Menduga ini benar-benar mencuri tumpuan apabila tampil langsing berbanding dahulu.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana penyanyi bersuara lantang ini berjaya menurunkan berat badan dan menganggap Liza Hanim telah mengambil produk untuk menguruskan badan.Ketika bertemu dengan penyanyi yang berasal dari Klang, Selangor ini penulis sempat mencungkil rahsianya. Menurut ibu kepada empat orang anak ini, apa yang dikecapnya kini bukan datang dengan mudah tanpa usaha yang gigih.

“Ketika membuat keputusan untuk menurunkan berat badan saya belajar dan memahami apakah itu cara sebenar untuk menguruskan badan. Saya tak ambik cara short cut, iaitu dengan mengambil ubat-ubatan atau crash diet. Sebenarnya tidak. Saya belajar memahami how the body work dan macam mana tubuh boleh berfungsi. Habit ini perlu dijadikan lifestyledan perlu berterusan bukan macam crash diet bila dapat kuruskan dalam masa sebulan and then dia naik balik. Kita tak nak yoyo.

So saya fahami apakah maksud kalori dan apakah maksud calorie deficit. Saya kaji makanan apa yang sesuai, bagaimana pula dengan portion makanan dan keperluan senaman. Senaman sangat penting kerana apabila exercise kita akan dapat memantapkan otot-otot jadi automatically kita akan dapat membentuk badan.

Sebelum nekad untuk menguruskan badan kita perlu faham apa yang kita nak buat dan kena betul-betul istiqamah. Kalau kita nak buat, kena buat betul-betul kerana cabarannya sangat besar especially in Malaysia. The food that we take or consume is so delicious and full of pack.Ditambah pula dengan cara masakan kita yang tidak membantu untuk meneruskan misi untuk kurus.Tetapi sekarang selepas saya berhenti menyusu badan anak keempat saya menyukat kalori dan mengamalkan 1200 calorie diet. Dan dengan 1200 kalori itu saya makan ikut portion. Namun saya tidak meninggalkan nasi dan saya perlu nasi. Ini kerana saya dah try and error tak makan nasi. Somehow badan saya menggigil so I have to take rice.

Tetapi saya akan make sure makan tidak melebihi 1200 kalori. Daripda 1200 kalori itu saya potong lagi, saya jadikan calorie deficit tambahan iaitu bakar kalori melalui senaman. Bila calorie deficit immediately badan tu akan burn what ever fat yang ada kat badan kita untuk dijadikan tenaga. From there kita akan dapat turunkan berat badan secara semula jadi

3)Penyanyi Aizat Amdan

Penyanyi Aizat Amdan menganggap tagline yang diungkapkan oleh pelawak Abam (Bocey) iaitu “Gemuk Is Awesome” semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 April lalu merupakan satu kenyataan bersifat menipu diri sendiri.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 26, berkata, sebagai seorang yang pernah mempunyai obesiti sebelum ini, tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana ia akan mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

“Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.

“Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.

4)Pengacara Zulin

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz sudah mampu untuk tampil berkebaya ketat selepas berjaya menurunkan berat badan menerusi kaedah konvensional iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat kerana tidak lagi mempercayai produk pelangsing badan.

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz, 27, berkata, dia sebelum ini taksub dengan produk-produk menguruskan badan namun berasa kecewa apabila berat badannya meningkat secara mendadak apabila berhenti mengambilnya.

“Dulu ubat pelangsing badan adalah seperti ‘kawan baik’ saya tetapi ia sebenarnya memberi kesan tidak bagus kerana apabila saya berhenti mengambilnya berat badan bertambah lebih banyak daripada asal.

“Saya mula sedar itu bukan jalannya untuk kurus kerana ia hanya memberi kesan sementara sahaja dan sebab itu saya cekalkan hati untuk melakukan kaedah sebenar iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Zulin mengulas mengenai penyebaran gambarnya yang berbaju kebaya dan kelihatan langsing ketika muncul dalam program Gegar Vaganza 3 pada Ahad lalu.

Pelakon itu mendedahkan dia kehilangan 10 kilogram daripada berat asalnya iaitu 75 kilogram hanya dalam masa sebulan selepas mengamalkan senaman dan diet.

Dalam pada itu, Zulin berkata, pelakon Ahya Rosli adalah individu bertanggungjawab menyedarkannya untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

Malah kata Zulin, anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu turut bertindak sebagai jurulatih peribadinya bagi memastikan dia melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang betul.

“Saya pada mulanya tidak percaya apabila Ahya kata dia ingin bantu saya mengurangkan berat badan tetapi apabila dia menunjukkan kesungguhan saya sahut cabaran itu.

“Dia seorang yang ‘brutal’ dalam memastikan saya disiplin dan komited terhadap rutin senaman selain menyemak setiap makanan yang saya ambil setiap hari.

“Walaupun rutin tersebut menyeksakan pada awalnya tetapi Alhamdulillah ia mula menunjukkan hasil positif,” ujarnya yang menyasarkan untuk mendapat berat badan ideal iaitu 55 kilogram.

Sementara itu, Zulin berkata, selain senaman biasa dia juga menyertai kelas Muay Thai yang dikendalikan sendiri oleh Ahya.

5)Dafi

Dafi memberitahu, selama tujuh tahun dia terpaksa menjadi ‘hamba’ kepada beberapa jenis ubat-ubatan semata-mata untuk tampil kurus.

Bagaimanapun, kata Dafi atas nasihat doktor dia telah menghentikan pengambilannya serta-merta sebelum bertukar kepada aktiviti dalam seni bela diri Muay Thai.”Bayangkan selama tujuh tahun saya jadi ‘hamba’ kepada pelbagai jenis ubat kurus setiap hari dalam kuantiti melebihi sukatan yang disyorkan tanpa menyedari bahayanya.Dek kerana taksub nak kurus, kata Dafi dia pernah mengambil ubat kurus lebih dari sukatan yang sepatutnya setiap hari selama tujuh tahun.

“Lebih parah ia hampir menjadi satu ‘ketagihan’ sehinggalah saya dinasihatkan doktor untuk segera berhenti mengambilnya dan apa yang terjadi selepas itu, badan saya terus naik mendadak ,” katanya kepada mStar Online.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *